Testing… Testing… Testing…

Salam,

Insyallah, blog Surau Raudahtul Ilmi akan dikemaskini dan akan diberi wajah baru…

Rajin-rajinlah lawat ke sini…

Banyak info dan bahan akan dikongsi untuk manfaat semua…

Kursus pengurusan jenazah

Kursus pengurusan jenazah akan diadakan pada 16 Januari 2010 untuk memberi pendedahan kepada penduduk Taman Ilmu membuat persediaan menghadapi kematian di kalangan ahli keluarga masing-masing. Butiran lanjut serta iklan akan dikeluarkan kemudian.

Kepada yang berminat boleh membuat pendaftaran awal kepada En. Mohd Nazari Shukor (0195775360), Saiful Hasan (017-4912907) atau Mohd Khairi Mat Yasin (0125512549). Tempat terhad dan bayaran pendaftran yang dikenakan hanya RM10.00 untuk membiayai kos makan, fail, bahan bercetak serta sijil penyertaan. Pendaftaran dibuka untuk semua penduduk lelaki di Taman Ilmu.

Kuliah Ustaz Fitri

Kuliah Ustaz Fitri yang tertangguh sejak Ramadhan lalu, akan disambung semula pada bulan Januari 2010. Kuliah beliau akan diadakan pada setiap hari Jumaat selepas solat Maghrib. Di samping itu, pihak Hal Ehwal Wanita (HELWA) sedang berusaha untuk mengadakan kelas fardhu ain khas untuk kaum wanita pada hari Isnin selepas solat Asar. Ustazah Naemah dari Madrasah Irsyadiah, Sungai Bakap dijangka akan mengendalikan kelas tersebut.

Awning hadapan surau

Surau Raudhatul Ilmi telah memulakan kerja menempah awning hadapan surau dengan keluasan 1226 kaki persegi bagi mengelakkan daripada kasut-kasut dibasahi hujan. Pada masa hadapan, satu pentas pelbagai guna dengan lebar 12 kaki akan dibina di bawah awning ini untuk dijadikan sebagai tempat solat tambahan, balai lintang dan pentas ceramah.

Sehingga 30 November 2009, jumlah kutipan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM 4225.00. Pihak surau akan meneruskan usaha mengumpul dana yang dianggarkan bernilai lebih RM10,000.00 bagi memasang siling awning dan membina pentas. Sesiapa yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan sila berhubung dengan mana-mana AJK Surau.

Korban AidilAdha 1430H

Surau Raudhatul Ilmi dengan kerjasama KRT Taman Ilmu meneruskan tradisi menganjurkan majlis korban dengan melibatkan jumlah peserta meningkat berbanding tahun lalu. Seramai 43 peserta termasuk dua orang warga negara asing telah menyertai program korban tahun ini.

Sebanyak enam ekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan dalam majlis tersebut. Majlis tersebut dilaksanakan pada hari raya kedua, 28 November 2009 (Sabtu) di perkarangan surau. Seramai kira-kira 200 orang terlibat dalam memproses, memasak dan mengagihkan daging korban.

En. Alaa Muhsin Saeed dari Iraq yang turut menyertai program tersebut merakamkan penghargaan atas langkah penganjuran majlis tersebut dan teruja dengan usaha jawatankuasa menyediakan tuala muka kepada peserta dan sebahagian petugas. Sebanyak 100 helai tuala ditaja oleh JK Surau diagihkan sebagai cenderamata kepada peserta dan petugas yang awal mendaftar.

Pada tahun ini, harga seekor lembu adalah RM 2200.00 manakala seekor kambing adalah RM350.00. Harga satu bahagian yang dikutip dari peserta adalah RM350.00. Bayaran tersebut digunakan untuk membiayai harga lembu, penyediaan peralatan, kerja-kerja memproses dan kenduri untuk petugas.

Program usrah remaja

Pihak surau akan mengusahakan program usrah untuk golongan remaja bagi memberi ilmu fardhu ain, kemahiran al-Quran dan kesedaran agama. Program berbentuk mingguan ini akan dibuat secara kumpulan kecil terdiri daripada 6 hingga 10 orang dan dikendalikan oleh seorang pembimbing. Remaja berumur 13 hingga 20 tahun atau ibu bapa yang berminat sila maklumkan kepada Pengerusi surau untuk dibuat pendaftaran.

Pengerusi baru Masjid Qaryah Seri Ampangan

Masjid Qaryah Seri Ampangan telah mendapat pengerusinya yang baru Dr. Hj. Soib bin Taib bagi menggantikan pengerusi lama Allahyarham Hj. Othman bin Daud yang telah kembali ke-Rahmatullah pada bulan November 2009. Surat pelantikan telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan berkuatkuasa mulai Januari 2010 hingga Disember 2011.

Bina tembok di pintu masuk

Satu binaan tembok pagar berukuran 10 kaki akan dibina di kedua-dua belah kanan dan kiri pintu masuk utama surau. Tembok ini apabila siap kelak akan ditulis dengan nama surau sekiranya ada penaja. Sementara itu, pintu pagar tersebut juga akan diubahsuai menjadi pintu jenis gelongsor (sliding gate) berbanding dengan pintu jenis berkepak yang ada sekarang.

Solat Sunat Aidil Fitri di Masjid Qaryah Seri Ampangan

AJK Surau yang bermesyuarat pada 5 Julai 2009 telah menerima cadangan supaya semua penduduk Taman Ilmu mendirikan solat sunat Aidil Fitri di Masjid Qaryah Seri Ampangan. Keputusan ini dibuat bagi mengelak daripada jumlah jamaah yang kurang di masjid tersebut pada hari raya nanti, memandangkan kawasan sekitarannya tidak terdapat orang islam untuk mendirikan jamaah di situ.

Di samping itu, trend pulang ke kampung oleh penduduk-penduduk di taman-taman perumahan sekitaran masjid akan menjadikan bilangan jamaah yang semakin berkurangan. Surau Raudhatul Ilmi tidak mengadakan solat jamaah dan menyeru semua penduduk untuk beramai-ramai ke masjid.

Pungutan zakat fitrah

MAIPP telah menetapkan harga zakat fitrah bagi tahun 1430 H / 2009 M ialah sebanyak RM7.00 seorang. Dua orang amil telah dilantik oleh MAIPP untuk membuat kutipan di Taman Ilmu mengikut pembahagian lorong seperti jadual di bawah :-

  • Nama Amil : Abdullah bin Ismail

    Lorong Pungutan : Jalan Ilmu 2 dan 3, Lorong Ilmu 10, 11, 12 dan 13. Lintang Ilmu 1,2,3,4,5 dan 6.

    Masa dan tempat pungutan : Selepas Tarawih di Surau. Waktu siang di Masjid Seri Ampangan
  • Nama Amil : Hj. Abu Hassan bin Md Rais

    Lorong Pungutan : Jalan Lmu 1 dan 4, Rumah Kedai, Lorong Ilmu 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 14 dan 15

    Masa dan tempat pungutan : Di rumah 2A lorong ilmu 6 atau di Masjid Seri Ampangan

« Older Entries

Facebook Surau Taman Ilmu

Sumbangan buku untuk perpustakaan mini surau

Jika anda mempunyai buku-buku baru atau terpakai (tetapi masih berkeadaan baik), anda boleh menyumbang buku-buku tersebut untuk perpustakaan mini surau Raudhatul Ilmi. Buku yang diterima berdasarkan bidang-bidang agama, motivasi, dan rujukan peperiksaan. Siapa yang berhasrta untuk memberi sumbangan tersebut, sila hubungi Hj. Joohari Ariffin, Pengerusi Surau (019-5110088) atau Cikgu Mohammad Nazari Abdul Shukor, Ketua Biro Pendidikan (0195775360).

Program Januari 2010

16 Januari : Kursus pengurusan jenazah

Kepada yang berminat boleh membuat pendaftaran awal kepada En. Mohd Nazari Shukor (0195775360), Saiful Hasan (017-4912907) atau Mohd Khairi Mat Yasin (0125512549)

Tempat terhad dan bayaran pendaftran yang dikenakan hanya RM10.00 untuk membiayai kos makan, fail, bahan bercetak serta sijil penyertaan.


Mengenai laman web ini

Tujuan laman web Surau Raudhatul Ilmi adalah untuk berkongsi maklumat berkenaan aktiviti yang telah dan akan di jalankan di taman ilmu amnya dan Surau Raudhatul Ilmi khususnya.
Gambar depan Surau Raudhatul Ilmi

Gambar depan Surau Raudhatul Ilmi

Gallery

sambutramadhan2008_4.jpg sambutramadhan2008_2.jpg sambutramadhan2008_1.jpg sambutramadhan2008_3.jpg